Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki
sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di
hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi
s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila
orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab
akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah,
bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya
Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap
duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya,
seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki
orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat
itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku
tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku
meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment